Rabu, 12 Disember 2012

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI PERAK

Sempena dengan musim cuti sekolah ni, kalau anda masih tercari-cari destinasi pelancongan menarik kt malaysia ni boleh la datang ke negeri Perak. Sebab kat perak ni boleh dikatakan byk tempat pelancongan dari tempat untuk berlibur, santai, sukan lasak,warisan dan sejarah. kat sini saya cuba nak bagi info selengkap mungkin tentang tempat-tempat menarik di Perak

1. PULAU PANGKOR & LUMUT

Merupakan tempat pelancongan paling popular di Perak dan boleh dikatakan lebih separuh pelancong yang berkunjung ke perak datang ke sini. Berikut adalah senarai tempat2 menarik di sini

Pulau Pangkor
Perjalanan melalui feri mengambil masa 30 minit dari jeti bandar Lumut. Harga tiket RM10 untuk dewasa, RM 5 utk kanak2.


setelah sampai ke Pulau Pangkor anda boleh lah menggunakan perkhidmatan teksi,sewa motosikal atau basikal untuk ke tempat menarik di pulau.

Teksi Pulau Pangkor
Tambang- RM 20


harga sewa - RM 30

Destinasi:
Pantai Teluk Nipah



Merupakan tempat perkelahan,mandi manda dan scuba diving.
untuk maklumat chalet dan resort sila klik alamat web di bawah
http://www.pulaulangkawichalet.com/teluk_nipah.html

Pantai Pasir Bogak


Tempat bermain jet ski, naik bot, dan mandi manda dan aktiviti santai

Maklumat resort dan chalet klik dibawah
http://www.pulaulangkawichalet.com/pasir_bogak.html



Lumut


Merupakan bandar pelabuhan yang menempatkan kem tentera laut diraja malaysia. Terkenal dengan sate ikan dan sotong kering serta produk hasil laut. Perjalanan ke Lumut lebih kurang 2 jam setengah dari Ipoh.





kedai2 yang menjual sate ikan dan sotong kering


jeti bandar lumut

Maklumat resort dan hotel klik dibawah
http://www.agoda.com.my/asia/malaysia/pangkor/maps/lumut.html


Pantai Telok Batik





Destinasi perkelahan paling popular di perak. Masa perjalanan 10 minit dari bandar Lumut.

resort dan chalet klik bawah
http://resortmurah.com/resort-di-teluk-batik.htm

2. TAIPING, BUKIT MERAH,KUALA SEPETANG

kawasan ini terletak di utara negeri Perak yang bersempadan dengan negeri Kedah. Merupakan kawasan pelancongan kedua paling popular di Perak. Kaya dengan khazanah alam semulajadi,warisan sejarah dan keenakan makanan yang unik.

Bandar Taiping

     

  
Merupakan bandar tertua di Malaysia yang di dirikan oleh orang cina selepas Menteri jajahan Larut iaitu
Orang Kaya Menteri Paduka Tuan Ngah Ibrahim bin Jaafar memajukan jajahan larut pada pertengahan abad ke 19. Nama asal Taiping ialah Klian Pauh,'Klian' bermaksud lombong manakala 'pauh' bermaksud buah mangga. Nama 'Taiping' diberikan selepas tercetusnya pergaduhan antara dua kongsi gelap cina iaitu puak Ghee Hin dan Hai San yang merebut kawasan lombong. Setelah kedua puak mencapai perdamaian istilah 'Taiping' yang bermaksud aman atau damai dalam bahasa hakka diberikan untuk nama baru untuk bandar ini. Bandar ini kemudiannya di ambil alih dan di majukan selepas kedatangan British pada akhir abad ke 19 susulan termerterainya perjanjian Pangkor pada 1874. Kerana kepesatan dan kemajuan yang dikecapi, bandar Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak dari 1880-an hingga 1937. Sehingga kini masih terdapat banyak tinggalan dan warisan sejarah seperti bangunan pentadbiran,muzium,penjara dan lain-lain.

Bandar Taiping juga di kenali bandar hujan kerana merupakan kawasan yang paling kerap menerima hujan iaitu purata 320 hari setahun disebabkan kedudukannya terletak di kaki Bukit Larut. Sehingga kini Bandar Taiping masih menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri kerana terdapat tempat-tempat menarik seperti Taman Tasik Taiping,Zoo Taiping,Bukit Larut,Air terjun Burmese Pool dan keenakan rasa makanan istimewa seperti kueytiaw dolly,yong tau foo,cendol pulut, ayam dendeng dan lain-lain.


 
Taman Tasik Taiping        

 
Muzium Perak
Masuk-Percuma

 
Zoo Taiping
Masuk = dewasa-RM 12, kanak2-RM 8
Nite Safari = dewasa RM 16, kanak2 RM 10

 
Bukit Larut
Tambang naik ke Bukit Larut
Dewasa - RM6
Kanak2- RM3
kadar sewa banglo di atas Bukit Larut
RM300 banglo 4bilik 12 orang
RM 200 3 bilik 10 orang
RM 150 2 bilik 10 0rang
Makan dan minum buat sendiri lah

Bukit Merah Laketown Resort

Merupakan taman tema air yang pertama dan satu-satunya di utara semenanjung. Terletak di tepi  tasik Bukit Merah mengambil masa 20 minit perjalanan dari bandar Taiping dan berhampiran susur keluar tol Bukit Merah. Terdapat pelbagai produk pelancongan seperti Taman Air,Pulau Orang Utan,Junggle track,Banana bot,kayak,night cruise dan lain-lain.

 
 
  
Harga tiket masuk mandi ke water park
Dewasa- RM29
Kanak2-RM25
Tiket ke Ecopark dan Pulau Orang Utan
Dewasa-RM28
Kanak2-RM25

Kuala Sepetang
Terletak di bahagian pantai barat utara Perak, merupakan kawasan hutan paya bakau terbesar di dunia. menjadi destinasi popular bagi pencinta alam dari seluruh dunia. Perjalanan dari bandar Taiping mengambil masa 20 minit. Juga terkenal dengan makanan 'Mee Udang' yang enak.