Khamis, 18 April 2013

TEMPAT TEMPAT MENARIK DI PERAK... (KUALA KANGSAR)






Bandar Kuala Kangsar yang terletak di bahagian tengah negeri Perak dan berhampiran tebingan sungai Perak merupakan kota tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Sultan Perak. Mengikut sejarah, nama Kuala Kangsar diberi sempena penemuan kuala sungai yang ke 99 oleh Sultan Perak yang berasal dari perkataan 'Kuala Kurang Sa (seratus)' yang akhirnya disebut 'Kuala Kangsar'. Selain menjadi tempat bersemayam Sultan, ia juga kaya dengan seni warisan,sejarah,budaya dan keindahan alam semula jadinya. Umum mengetahui Kuala Kangsar terkenal dengan Masjid Ubudiah yang cantik dan Istana Kenangan yang indah sehingga menjadi mercu tanda kota ini. Namun tidak ramai yang tahu Kuala Kangsar mempunyai pelbagai daya tarikan yang lain selain Masjid Ubudiah dan Istana Kenangan. Jika anda mahu tahu menikmati keistimewaan bandar ini datanglah ke sini.






Seni Bina
Terkenal dengan kecantikan senibina istana sultan dan masjidnya, Kuala Kangsar juga mempunyai monumen yang lain yang cantik seperti Menara Jam, Galeri Diraja, Rumah Melayu  dan Jambatan Sultan Abdul Jalil 2.

 Jambatan Sultan Abdul Jalil



Menara Jam Kuala Kangsar



Masjid Ubudiah




Istana kenangan



Istana Iskandariah






Rumah Melayu Perak



Makanan




Kuala Kangsar terkenal dengan 'laksa kuale' yang menggunakan mee laksa basah dan kuahnya yang cair yang memberi rasa yang berbeza dari laksa-laksa lain. Untuk menikmati laksa ini anda boleh ke Lembah Kuala Kangsar. Lembah Kuala Kangsar ini juga terkenal sebagai tempat membeli belah hasil kraftangan seperti labu sayong, bakul,tudung saji, hiasan dinding, tepak sirih dan lain-lain.

Lembah Kuala kangsar




Warisan dan sejarah

Galeri Sultan Azlan Syah
Merupakan sebuah muzium diraja yang dibina oleh Sultan Perak yang mempamerkan koleksi-koleksi peribadi dan artifak mililk Sultan Perak dari Sultan terdahulu hingga sekarang. Ia turut mempamerkan sejarah Kesultanan Perak serta salasilahnya.













Labu Sayong


Labu sayong berasal dari sebuah kampung iaitu Kampung Sayong yang terletak di seberang kanan sungai Perak bandar Kuala kangsar. Pembuatan labu ini biasanya menggunakan cara traditional dengan menggunakan tangan untuk membentuk dan mengukir labu sayong. Namun, disebabkan permintaan terhadap labu sayong yang tinggi, terdapat pengusaha labu sayong hari ini telah menggunakan kaedah moden seperti menggunakan acuan untuk membentuk labu sayong kerana  lebih cepat dan lebih produktif.






Acara/festival
Setiap tahun bandar Kuala kangsar akan dipenuhi dengan acara pesta.Antara yang popular ialah sambutan hari keputeraan sultan perak dan pesta panjut. Sambutan hari keputeraan sultan perak lazimnya dipenuhi dengan aktviti di sungai perak seperti perarakan perahu berhias,ekspdisi berakit, berkayak serta pertunjukan bunga api. Manakala pesta panjut disambut pada malam ke 27 bulan ramadan untuk meraikan 10 malam terakhir bulan ramadan dan kedatangan bulan Syawal. Pesta panjut juga dikenali sebagai malam 7 likur.

Perarakan perahu berhias


Ekspidisi berakit

Pesta Panjut