Ahad, 31 Mac 2013

Fakta tentang pasar raya Tesco yang mungkin anda tidak tahu



Terfikirkah anda jika membeli belah di tesco siapa pengasasnya?berapa buah cawangannya? dan berapa ramai pekerjanya?.Mungkin ada yang masih belum tahu Tesco di asaskan oleh seorang lelaki berbangsa yahudi Brittain iaitu John Edward Cohen atau nama popularnya Jack Cohen. Beliau dilahirkan di daerah Medway wilayah Kent England pada 6 Okt 1898. Beliau adalah anak kepada pendatang yahudi iaitu Avram Cohen. Kerjaya awal beliau hanyalah tukang jahit dan  kemudian menyertai pasukan tentera udara diraja Brittain pada 1917 sebagai pembuat kanvas.

 Selepas bersara dari tentera pada 1919, beliau menggunakan wang persaraannya dengan membuka sebuah gerai menjual barangan runcit yang terletak di sebuah pasar tepi lorong di London.


Pada tahun 1924 beliau mengembangkan perniagaannya dengan mengeluarkan produk teh berjenama TESCO TEA. Nama TESCO diambil dari singkatan perkataan TE Stockwell menjadi 'TES' dan singkatan nama keluarga beliau iaitu Cohen menjadi 'CO'. Pada tahun 1929 beliau membuka pasar Tesco yang pertama di Burnt Oak Edgware London dengan menjual barangan runcit dan barangan berjenama di samping teh produk beliau. 




Sehingga sekarang Tesco telah mempunyai 6000 lebih cawangan di 14 buah negara dengan pekerja seramai 500000 lebih di seluruh dunia.



Tiada ulasan: