Sabtu, 6 April 2013

KESAN-KESAN BURUK JIKA KURANG TIDUR


Ramai antara kita tidak mengambil peduli tentang masa tidur. Ini mungkin disebabkan gaya hidup masa kini yang lebih mementingkan kerjaya dan adanya suasana 'night life' di kota-kota besar. kajian yang dilakukan oleh pakar mendapati kurang tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan mental,emosi, penampilan diri dan boleh memendekkan umur. Berikut adalah masalah-masalah yang bakal berlaku jika anda kurang tidur.

1. Strok dan serangan jantung. 
Kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik Jepun mendapati orang dewasa yang tidurnya kurang 7 jam sehari akan mendapat risiko serangan strok dan jantung 33%. Ini kerana kekurangan tidur menyebabkan tekanan darah naik dan tidak berada pada paras normal.

2. Penyakit kardiovaskular.
Penyelidikan oleh saintis dari Universiti Chicago mendapati kurang tidur akan menyebabkan gangguan proses   
pengeluaran hormon yang akan melemahkan kemampuan badan untuk menggunakan karbohidrat dalam tubuh. Ini boleh menyebabkan berlakunya penyakit seperti diabetes.

3. Despresi dan bunuh diri 
Kajian yang dijalankan di Universiti Pennsylvania menunjukkan individu kurang tidur mengalami gejala despresi seperti stres melampau,cepat marah,gelisah dan rasa sedih tak bersebab sehingga boleh mencetuskan perasaan ingin bunuh diri.

4. Kesihatan kulit terganggu
Seperti biasa kekurangan tidur menyebabkan gejala mata bengkak,lebam bawah mata,kulit pucat dan wajah nampak lebih tua. Ini disebabkan oleh peningkatan kadar kortisol yang memperlahankan penghasilan kolagen 

5. Kurang daya tumpuan.
Akibat daya fokus yang menurun keputusan yang dibuat menjadi kurang efisien dan daya ingatan juga menjadi lemah.Ini selalu terjadi kepada pelajar yang menduduki peperiksaan dan para doktor yang bekerja syif.Rasa mengantuk dan keletihan juga menyebabkan sesorang hilang fokus dan konsetrasi dalam urusan harian seperti ketika memandu kereta. Itu adalah salah satu punca utama kemalangan jalan raya di dunia.

6.Mudah gemuk
Masyarakat umum selalu mengaitkan tidur berlebihan menyebabkan gemuk. Namun begitu kurang tidur juga boleh menyebabkan gemuk. Kurang tidur sebenarnya meransang nafsu makan dengan meningkatkan hormon ghrelin yang berfungsi meningkatkan selera makan dan menurunkan kadar leptin yang memberi isyarat tubuh untuk kenyang.

7. Meningkatkan risiko serangan kanser
Kajian yang dilakukan oleh Johns Hokins Bloomberg School of Public Health terhadap 6000 wanita selama 10 tahun mendapati kurang tidur meningkatkan serangan kanser 50%. ini disebabkan ganguan metabolisme yang berkait rapat dengan penyakit kanser,

8. Keinginan seksual menurun
Kajian yang diterbitkan oleh Journal Of Clinical Endocrinology & Metabolisme 2002 menunjukkan kekurangan tidur mengakibatkan penurunan kadar paras libido yang berfungsi merangsang keinginan seks.

9. Sakit badan dan lemah Iminiti.
Menurut Prof Raymond kurang tidur melemahkan sistem imun badan sehingga menyebabkan mudah jatuh sakit, lemah otot dan  mendapat serangan migrain.

* Sumber dipetik dan di olah dari majalah SIHAT Feb 2011

Tiada ulasan: