Isnin, 8 April 2013

Pulau paling cantik di Malaysia

Negara Malaysia sememangnya kaya dengan khazanah alam yang indah seperti hutan hujan tropika, pantai dan pulau-pulau yang cantik. Berikut adalah antara pulau-pulau yang tercantik di Malaysia.

1. Pulau Mataking,Sabah



Terletak di lautan Sulawesi mengambil masa 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Pulau ini popular kepada peminat skuba seluruh dunia. Terdapat 30 kawasan skuba di sini antaranya Magic Rick,Mantis Reef,dan Alice Wall. Pemandangan indah pulau ini boleh dinikmati dari menara pemerhati. The Reef Dive Resort adalah resort yang terbaik untuk penginapan di sini.

2. Pulau Layang-Layang, Labuan


Pulau Layang-Layang terletak di barat laut sabah, 300km dari Kota Kinabalu.Dengan menaiki pesawat mengambil masa kira-kira 1 jam.Pulau ini mempunyai terumbu karang yang cantik dan merupakan destinasi skuba paling popular di dunia. Layang-layang Resort merupakan satu-satunya resort yang ada di sini.

3. Pulau Pom-Pom, Semporna



Pulau ini terletak 45minit dari Semporna yang mempunyai air yang jernih dan dasar laut yang indah. Pualau ini  juga mempunyai hutan bakau yang membuatkan keadaan di sini sentiasa dingin dan teduh. Pom-Pom island Resort merupakan resort yang menawarkan kemudahan selesa dan menawarkan spa urutan.

4. Pulau Lankayan,Sabah


Terletak di sebelah utara barat laut sulu Sandakan Sabah. Pulau ini amat kecil kerana anda boleh mengelilingi pulau ini hanya dalam 10 minit sahaja.  Pulau ini menjalankan usaha pemuliharaan penyu-penyu yang semakin pupus dengan wujudnya sangkar-sangkar telur penyu. Lankayan resort merupakan satu-satunya tempat penginapan di sini. Pulau ini juga terkenal dengan aktiviti skuba.

5. Pulau Gemia, Terengganu




Lebih dikenali sebagai Gem Island adalah pulau persendirian yang terletak 800meter dari Pulau Kapas. Walaupun tidak begitu popular,Pulau Gem mempunyai keistimewaannya tersendiri sehinggga boleh dianggap pulau tercantik di pantai timur. Masa perjalanan ke Pulau ini dari jeti Marang ialah 10 minit. Manakala dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke jeti Marang ialah 30 minit.Gem Resort Island @ Spa merupakan resort pilihan yang cukup selesa buat pelancong.

6. Pulau Perhentian Besar, Terengganu.





Terletak dalam daerah Besut, mengambil masa 30 minit dari jeti Kuala Besut Pulau ini amat popular di pantai timur Malaysia kerana kecantikan flora dan faunanya. Terdapat 2 kawasan yang terkenal di sini iaitu Teluk Dalam dan Pantai Utama. Perairan yang dikelilingi terumbu karang menawarkan pemandangan indah dasar laut untuk mereka yang gemar aktiviti skuba dan snokerling. Perhentian Island Resort, Tuna Bay Island Resort dan Samudera Beach Chalet adalah antara resort penginapan di sini.

*sumber disunting dari majalah Libur Disember 2012.


Tiada ulasan: